Dream or sign?

on Monday, June 17, 2013

aku di kompleks membeli belah... jalan keseorangan...

aku tak tahu kompleks ni dimana.. tak pernah aku sampai tempat ini..
namun, aku nampak seperti biasa dengan tempat ini...
sedang aku berjalan menuju ke escalator, dia menghampiri aku..
yup, dia...
tak pernah aku lihat dia berjubah serba hitam..
hanya senyuman terukir, tiada kata-kata yang dituturkan oleh nya..
dia menemaniku pusing sekitar kompleks ini...
seperti biasa, seperti tiada apa-apa yang pernah berlaku antara kami berdua..
gelak ketawanya, sama seperti mana reaksinya apabila aku sakat dia...
terasa bahagia seketika.. namun...
apa yang jadi selepas itu benar-benar buat aku berfikir panjang..
adakah ini petanda atau hanya sekadar mimpi?

diwaktu ak berhenti seketika dan ingin membetulkan ikatan tali kasutku..
aku tunduk.. namun dia tak berhenti berjalan..
ada sedikit jarak antara kami, baru dia berhenti dan menoleh kearahku..
aku senyum dan kata, "tunggu jap, nak betulkan kasut ni"

seperti sebelum ini, dia tak bersuara,
hanya senyuman yang terukir..
dapat kulihat riak wajahnya dengan jelas sekali..
dalam senyuman itu, ada 1001 kesedihan...
sebak aku lihat.. tak pernah ak lihat riak wajahnya sebegini..
sedang aku memperbetulkan tali kasut ku,
ku lihat dia menuju keluar dari kompleks ini..
aku seakan terkejut dengan apa yang terjadi...

aku memanggilnya.. namun dia bukan sahaja tidak menyahut..
malah dia tidak menoleh langsung...
dia lalu dibelakangku,
dari dinding kaca, aku lihat dia beredar seperti tiada apa-apa..
seperti dia tidak pernah mengenali diriku ini..

aku hairan dan terkejut..
perkara seperti ini pernah terjadi,
aku pernah ditinggalkan di kompleks membeli belah..
tapi aku tak dapat melihat saat aku ditinggalkan..
dan pada waktu itu, orang lain yang meninggalkan aku..
tapi kini, dia meninggalkan aku...
aku dapat saksikan sendiri..
panggilan aku dia tak sahut...
mesej telefon dia tak balas..

dalam kepala aku, bermain beberapa fikiran..
dia datang sini naik apa kalau bukan dengan aku?
dia kesini untuk apa kalau bukan untuk bersama aku?
kenapa dia berjubah?
kenapa senyumannya buat hati aku rasa sangat-sangat tersentuh?
aku bergegar menuju ke pintu keluar...
namun dia tidak lagi berada di dalam pandangan..
aku cuba lari dan terus mencari..
namun usaha aku buntu..
yang ada hanyalah jalan yang kosong
dan lampu isyarat yang berwarna merah menyala...

selepas itu, dia tidak lagi kelihatan...
khabar darinya juga tidak kedengaran...
adakah ini petunjuk atau hanyalah mainan syaitan?
aku akui aku salah..
aku akui aku sunyi..
namun kali ini, terasa impak yang begitu besar sekali..
jauh berbeza dari yang biasa...

semoga yang terbaik hadir bagi dia
dan juga bagi diriku...

2 comments:

The First Born said...
This comment has been removed by the author.
The First Born said...
This comment has been removed by the author.